Jumaat, Januari 28, 2011

Keceriaan Fasa 2

Melakukan Double Checking

Keceriaan Fasa 2 lebih berfokus kepada aktiviti pelupusan perabot dan buku-buku teks lama. Pelupusan kali ini melibatkan semua murid tanpa mengira tahap dengan dipantau oleh guru-guru serta Ahli Lembaga Pelupusan Aset sekolah. Walaupun kepenatan, semua yang terlibat amat berpuas hati kerana objektif aktiviti dapat dicapai dengan jayanya. Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda semua. Maju Lintang Maju!

Double Checking

Bahagian Pengangkutan

Bahagian Patah Mematah

Pelupusan Perabot

Pelupusan Buku Teks

Menjadi Abu Akhirnya

Menghilangkan Penat

Tiang Dapur - Retak Menanti Roboh

Rabu, Januari 26, 2011

Keceriaan Fasa 1

 Pembahagian Kumpulan

Pada hari ini, kawasan sasaran bagi aktiviti keceriaan adalah bilik guru, stor sukan dan bilik BOSS. Aktiviti yang bermula pada pukul 2 petang dimulakan dengan pembahagian kumpulan mengikut kawasan sasaran. Ibarat kata Wonder Pets, "apa yang penting?......kerjasama", semua yang hadir memainkan peranan masing-masing sepanjang aktiviti berlangsung. Aktiviti pelupusan perabot dan peralatan sekolah yang rosak turut diselitkan. Keceriaan ditangguhkan pada pukul 4.30 petang...(esok sambung lagi...keceriaan di bilik guru masih belum selesai). Hidup Lintang!

Cikgu Dila & The Geng

Perabot dan peralatan rosak

BBQ??

Bilik Guru

Gigi Oh Gigi

Demonstrasi Pemberusan Gigi - Tahap 2

Pada minggu ini, Bahagian Pergigian Hospital Lawas menjalankan rawatan dan penerangan mengenai penjagaan gigi. Semua murid diwajibkan menjalani pemeriksaan di samping ditunjukkan demonstrasi penjagaan dan pemberusan gigi yang betul.

Demonstrasi Pemberusan Gigi - Tahap 2

Demonstrasi Pemberusan Gigi - Tahap 1

Demonstrasi Pemberusan Gigi - Tahap 1

Rawatan Gigi

Rawatan Gigi

Selasa, Januari 25, 2011

Aktiviti Ko-kurikulum Bermula

Kelab Sains

Pada sesi 2011, aktiviti ko-ku mula dijalankan pada minggu ke-3 persekolahan. Lumrah di SK Kampung Lintang di mana bilangan muridnya adalah sedikit, namun kemeriahan tatkala aktiviti berlangsung tetap terasa. Pelbagai karenah anak-anak murid dapat dilihat. Semoga setiap aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan sempurna. Terima kasih di atas komitmen dari semua. Syabas Lintang.

Kelab Matematik

Perancangan Aktiviti Kelab

Taklimat Pemilihan Atlet
Warming Up

Vanness Memecut

Sally Cuba Menangkap Kupu-kupu

Si Benging..hiah

Ahad, Januari 23, 2011

Projek Apam di Pagi Ahad

Resipi tu..

Pagi Ahad yang mendung ini, kami sekeluarga bersarapan apam ice cream..segar dari dapur. Taste kira okla sebab chef baru belajar buat kuih jenis ni...(kuih lain tahu ke tu?..) Dapat makan seketul je..yang lain budak kecik yang sorang tu rembat. Layan..

Adunan..

Kukus..

Hasilnya..

Sabtu, Januari 15, 2011

Hari Terakhir Cikgu Tanil di SK Kpg Lintang


Sebak...

Suasana perhimpunan khas bagi meraikan perpisahan Cikgu Tanil disulami dengan perasaan yang bercampur baur. Cikgu Tanil kelihatan tidak mampu menahan sebak semasa memberikan ucapan terakhir beliau setelah 4 tahun, 6 bulan dan 14 hari berkhidmat sebagai Guru Besar di sekolah ini. Kami doakan Cikgu Tanil akan terus maju dalam karier di tempat yang baru. Jasa dan bakti yang cikgu taburkan selama ini akan terus terpahat dalam jiwa kami semua.

Kenang-kenangan - Guru & Staf

Kenang-kenangan - Murid-murid

Majlis Perpisahan Cikgu Tanil & Kedatangan GB Baru

Menanti ketibaan Cikgu Tanil

Pada 13 Januari lalu bertempat di Restoran Idaman, berlangsung satu Majlis Makan Tengahari bagi mengenang jasa Guru Besar, Cikgu Tanil Baru yang akan berpindah ke sebuah sekolah di Kuala Baram dan sekaligus meraikan kedatangan Guru Besar yang baru iaitu Puan Hadimah bt Tamit dari SK Kampung Seberang. Majlis turut dihadiri oleh AJK PIBG, guru-guru serta kakitangan sekolah. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.

Lapar dah ni..

Ayam..

Pose istimewa dari Cikgu Tanil..

YDP menyampaikan hadiah kenang-kenangan

Majlis Perpisahan Cikgu Irawandy

Makan Wan jangan tak makan..

Pada 4 Januari yang lalu, Cikgu Irawandy atau lebih dikenali sebagai Cikgu Wan telah menamatkan perkhidmatan beliau di sekolah ini setelah genap dua tahun berkhidmat. Beliau sekarang ini telah berpindah ke sebuah sekolah di Kuching. Selamat maju jaya diucapkan kepada Cikgu Wan, ketiadaan anda amat dirasai.

Murid-murid..

Cikgu Sia menyampaikan ucapan..

Cikgu Wan menerima hadiah kenang-kenangan