Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Khamis, Januari 19, 2012

Tahniah Lintang..

Edisi 2012 SK Kampung Lintang menyaksikan beberapa perubahan dalam sektor pengurusan sekolah. Guru Besar terdahulu iaitu Pn. Hamidah Bt Tamit telah berpindah ke SK Ladang Baru manakala posisi beliau sekarang telah diganti oleh Encik Murod Labong, bekas Guru Penolong Kanan 1 SK Long Tengoa. Jawatan Guru Penolong Kanan juga turut mencatat perubahan di mana Puan Dawi Padan yang dahulunya PK HEM telah dinaikkan pangkat menjadi PK1, manakala tempat beliau diambil alih oleh Encik Tahir Untong, bekas PK KK. Bagi jawatan PK KK, kekosongan telah diisi oleh Encik Stephen James, guru dari SK Long Sebangan. Pada akhir tahun lepas, sekolah turut menerima kedatangan guru baru iaitu Cik Fatimah Usmang (opsyen Sains) dari Sandakan dan pada  17/01/2012 yang lalu, sekolah menerima kedatangan seorang lagi guru baru iaitu Cik Siti (opsyen Sains) dari Bongawan. Enrolmen guru pada tahun ini adalah sebanyak 13 orang (mungkin ada perubahan).

Pada tahun ini juga, SK Kampung Lintang telah dipilih sebagai Pengerusi Pengelola Sukan MSSR Lawas. Sukan MSSR tahun ini dijadualkan akan berlansung pada 08-09 Feb 2012 di Kompleks Sukan Lawas (Banting). Tugas besar sedang dan bakal menanti semua warga SK Kampung Lintang bagi memastikan penganjuran sukan pada tahun ini berjalan dengan sebaik dan sempurna mungkin. To all mates..steady semua..jangan stress-stress..all for one and one for all.

Sabtu, November 05, 2011

Laporan Lawatan SKKL 2011

Pada pagi hari Sabtu bersamaan dengan 22 Oktober 2011, satu rombongan dari Sekolah Kebangsaan Kampung Lintang Lawas telah melaksanakan lawatan sambil belajar ke Taman Zoo Lok Kawi dan Muzium Sabah. Seramai 12 orang murid menyertai lawatan tersebut termasuk 9 orang guru serta seorang Pembantu Pengurusan Murid. Rombongan ini diketuai oleh Cikgu Tahir Bin Untong selaku penyelaras program lawatan.
Objektif lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai kehidupan haiwan-haiwan dalam dunia sebenar, memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan haiwan dengan lebih dekat lagi serta memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang sejarah Malaysia terutamanya sejarah Negeri Sabah.
Program pertama lawatan, kami telah memulakan aktiviti dengan melawat Taman Zoo Lok Kawi. Kami berkumpul seawal jam 8 pagi setelah perjalanan dari bandar Kota Kinabalu yang memakan masa kurang dari 1 jam ke destinasi yang dituju. Tiket untuk orang dewasa dikenakan sebanyak RM10 dan harga tiket untuk murid ialah RM5. Anak-anak murid kelihatan sangat teruja dengan aktiviti pertama lawatan mereka. Kami turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik daripada haiwan-haiwan yang dilatih oleh pihak zoo. Jika tidak mengikuti lawatan ini, mereka memang tidak berpeluang untuk ke tempat seperti ini. Program pertama berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.
Guru-Guru dan anak-anak murid
Musang tengah nak detect makanan tuu.. haha

Selepas itu, kami bergerak ke Tanjung Aru untuk menikmati makan tengahari dan berehat sebentar sebelum meneruskan program lawatan yang kedua.
Program kedua lawatan, kami berkumpul semula di Muzium Negeri Sabah sekitar jam dua petang. Perjalanan menuju ke Muzium Negeri Sabah memakan masa selama 15 minit dari Pantai Tanjung Aru. Di Muzium Negeri Sabah, murid berpeluang melihat sendiri pelbagai artifak peninggalan sejarah yang tidak pernah mereka lihat dan diantaranya pameran ‘Rahsia dari laut’ seperti duit syiling dari negara China, tembikar-tembikar lama dan meriam yang dijumpai dari dasar laut Cina Selatan. Selain itu, murid juga melihat sendiri beberapa replika pakaian adat suku-suku kaum yang terdapat di negeri Sabah yang selama ini hanya dilihat dalam buku teks mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Murid-murid juga boleh merasai sendiri menaiki kereta antik yang digunakan sebagai pengangkutan awam dan persendirian dari era tahun 1920 hingga 1980-an. Turut menarik perhatian murid-murid ialah rangka ikan paus yang ditemui di perairan Sepanggar, Sabah. Kami berada di muzium selama 1 jam 30 minit.
Selepas itu, kami bertolak ke pusat bandar dan membawa anak-anak murid bersiar-siar di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Kemudian jam 5.30 petang, sekali lagi kami berkumpul bersama-sama untuk menikmati makan malam di Anjung Selera, Tanjung Lipat Likas. Aktiviti berakhir sekitar jam 7.30 malam. Kami balik ke tempat penginapan masing-masing untuk berehat. Pada keesokan harinya, kami pulang ke Lawas dengan membawa kenangan dan memori bersama-sama. Diharap dengan lawatan sambil belajar ini, ia dapat membuka minda murid disamping memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi habitat haiwan dan mengetahui serba sedikit tentang sejarah kenegaraan.

Jumaat, Januari 28, 2011

Keceriaan Fasa 2

Melakukan Double Checking

Keceriaan Fasa 2 lebih berfokus kepada aktiviti pelupusan perabot dan buku-buku teks lama. Pelupusan kali ini melibatkan semua murid tanpa mengira tahap dengan dipantau oleh guru-guru serta Ahli Lembaga Pelupusan Aset sekolah. Walaupun kepenatan, semua yang terlibat amat berpuas hati kerana objektif aktiviti dapat dicapai dengan jayanya. Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda semua. Maju Lintang Maju!

Double Checking

Bahagian Pengangkutan

Bahagian Patah Mematah

Pelupusan Perabot

Pelupusan Buku Teks

Menjadi Abu Akhirnya

Menghilangkan Penat

Tiang Dapur - Retak Menanti Roboh

Rabu, Januari 26, 2011

Keceriaan Fasa 1

 Pembahagian Kumpulan

Pada hari ini, kawasan sasaran bagi aktiviti keceriaan adalah bilik guru, stor sukan dan bilik BOSS. Aktiviti yang bermula pada pukul 2 petang dimulakan dengan pembahagian kumpulan mengikut kawasan sasaran. Ibarat kata Wonder Pets, "apa yang penting?......kerjasama", semua yang hadir memainkan peranan masing-masing sepanjang aktiviti berlangsung. Aktiviti pelupusan perabot dan peralatan sekolah yang rosak turut diselitkan. Keceriaan ditangguhkan pada pukul 4.30 petang...(esok sambung lagi...keceriaan di bilik guru masih belum selesai). Hidup Lintang!

Cikgu Dila & The Geng

Perabot dan peralatan rosak

BBQ??

Bilik Guru

Gigi Oh Gigi

Demonstrasi Pemberusan Gigi - Tahap 2

Pada minggu ini, Bahagian Pergigian Hospital Lawas menjalankan rawatan dan penerangan mengenai penjagaan gigi. Semua murid diwajibkan menjalani pemeriksaan di samping ditunjukkan demonstrasi penjagaan dan pemberusan gigi yang betul.

Demonstrasi Pemberusan Gigi - Tahap 2

Demonstrasi Pemberusan Gigi - Tahap 1

Demonstrasi Pemberusan Gigi - Tahap 1

Rawatan Gigi

Rawatan Gigi

Selasa, Januari 25, 2011

Aktiviti Ko-kurikulum Bermula

Kelab Sains

Pada sesi 2011, aktiviti ko-ku mula dijalankan pada minggu ke-3 persekolahan. Lumrah di SK Kampung Lintang di mana bilangan muridnya adalah sedikit, namun kemeriahan tatkala aktiviti berlangsung tetap terasa. Pelbagai karenah anak-anak murid dapat dilihat. Semoga setiap aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan sempurna. Terima kasih di atas komitmen dari semua. Syabas Lintang.

Kelab Matematik

Perancangan Aktiviti Kelab

Taklimat Pemilihan Atlet
Warming Up

Vanness Memecut

Sally Cuba Menangkap Kupu-kupu

Si Benging..hiah